Tuesday

ACARA DIPERTANDINGKAN DI KASUKMA 2010

Pada KASUKMA tahun ini pihak penganjur telah meletakkan 12 acara untuk dipertandingkan iaitu

1. Bola Sepak


2. Bola Jaring


3. Badminton

4. Ping Pong

5. Sepak Takraw

6. Bola Tampar (L)

7. Bola Tampar (P)

8. Petanque


9. Bola Keranjang

10. Karom

11. Futsal

12. Memancing

LATAR BELAKANG KASUKMA

Karnival Sukan Kolej Profesional MARA & Kolej MARA (KASUKMA) adalah acara tahunan yang melibatkan kira-kira 1000 orang peserta terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Profesional MARA ( KPM) dan Kolej MARA (KM). Secara keseluruhan KASUKMA melibatkan sepuluh buah kolej iaitu enam Kolej Profesional MARA dan empat Kolej MARA. KASUKMA kali ini adalah karnival tahunan kali keempat sejak Kolej MARA diletakkan di bawah urusan pentadbir Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA pada tahun 2007.





Tujuan utama KASUKMA adalah untuk :

a. Mengeratkan lagi integrasi di antara semua pelajar dan warga kolej di bawah kawalan Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA.
b. Mencungkil bakat dan potensi pelajar-pelajar dalam bidang sukan.
c. Memupuk semangat kesukanan dan perpaduan serta semangat kerja berpasukan.
d. Melahirkan pelajar yang seimbang antara kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum.



 

Tuan Rumah pada  KASUKMA yang lepas
 
2007  Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Pahang
2008  Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah
2009  Kolej Profesional MARA Seri Iskandar, Perak




Johan keseluruhan pada KASUKMA yang lepas

2007 Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Pahang
2008 Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah
2009 Johan bersama Kolej Profesional MARA Seri Iskandar, Perak dan Kolej Profesional MARA Beranang, Selangor