Persembahan khas dari kump screen(vokalis je datang) |
Malam tu jugak, perlawanan karom dilangsungkan di concourse. Perlawanan tersebut dilangsungkan sehingga lewat malam. Sepatutnya perlawanan karom dilakukan pada hari Sabtu, namun atas kekangan-kekangan yang berlaku secara tiba-tiba, pihak tuan rumah termasuk mengawalkan perlawanan karom kepada malam tadi. Alhamdulillah, segala nya berjalan dengan lancar. Kontinjen-kontinjen hadir tepat pada masanya. Walaupun karom, mereka tetap bersemangat bermain permainan tersebut(jangan pandang remeh dengan permainan karom!susah taw) Bagus betul!!
Cukup pasal malam tadi. Kita bercakap(menulis sebenarnya!)pasal pagi ini pulak. Cuaca begitu tidak baik untuk meneruskan perlawanan yang telah dirancang. Hujan renyai-renyai kemudian tiba-tiba jadi lebat pulak. Semua permainan di atas padang terpaksa dihentikan seketika, namun pasukan bola tetap meneruskan perlawanan mereka. Huh,sangat bangga dengan semangat kesukanan mereka!! Teruskan usaha ini, tapi jagalah kesihatan anda jugak! Harap-harap semua sihat bila tamat KASUKMA nanti!
Pagi ini jugak, ada perlawanan yang telah tamat seperti ping-pong, petanque dan sepak takraw. Tahniah kepada pemenang! Ternyata sengit perlawanan akhir kali ini. Apa yang kita jangka tidak terjadi pada pusingan akhir kerana masing-masing menunjukkan prestasi yang mengejutkan! Petang ini, bersedialah pasukan bola sepak dan bola keranjang! Jangan terlalu pandang rendah dengan pasukan lawan. Bersedia untuk apa jua keadaan sama ada baik atau buruk.
Bersamalah kita nantikan keputusan keseluruhan nanti. Menakutkan!!
No comments:
Post a Comment